Tuesday, 17 July 2012

Hipokrit

salam ukhwah semua.

kita boleh perhatikan keadaan atau situasi  sekeliling kita yang sememangnya tidak pernah lari dari hipokrit.. kenkadang kita juga tidak lari dari sikap negatif ini.. tetapi ada stu kategori hipokrit yang amat teruk dimana seseorang itu pandai menceritakan tantang hal agama...selok belok agama kalau boleh semua dia tahu...tetapi apabila azan jer, solat tak didirikan...bukan dilambatkan tapi ditinggalkan terus...

 memang kita kata pandang pada apa yang diperkatakan bukan apa yang dilakukan, tetapi takkan sampai solat ditinggalkan dengan sengaja itu kita tak pandang... 

kita sebagai hambaNya hendaklah sentiasa muhasabah diri agar kita tidak menjadi fitnah pada ilmu kita sendiri... kita hendaklah sentiasa berdoa pada Yang Esa agar ilmu yang kita pelajari menjadi benteng dan penyelamat kepada kita semua..amin.

*moga-moga yang menulis ini lebih terkesan dari pembaca sekelian...salam

Sunday, 15 July 2012

Ilmu itu pelita hidup

Salam ukhwah kepada sahabat pembaca sekalian,


Hubungan kita dengan ilmu boleh diibaratkan seperti kebergantungan kita terhadap air. Kandungan air dalam badan kita melebihi 70% akan membuatkan badan kita berfungsi dalam keadaan yang optimum. Tanpa air kemungkinan besar kita akan mendapat pelbagai penyakit akibat kegagalan anggota badan berfungsi dengan baik. 


Jadi, begitu juga dengan ilmu. Ilmu amat penting dalam kehidupan seharian agar kita mampu berdiri sebagai makhluk Allah yang mulia. Dengan ilmu serta amallah kita akan menjadi mulia di sisi AllahuRabbi. Tetapi persoalannya ilmu apakah yang patut kita pelajari???  Ilmu yang paling penting ialah ilmu agama seperti ilmu fiqh dan sirah. Ilmu agama perlu bagi kita mendekatkan diri kita kepada Sang Pencipta. 


Semoga ilmu yang kita pelajari hari ini merupakan ilmu yang mampu mendekatkan diri kita dengan Allah agr usaha kita dalam menuntut ilmu salama ini diredhai oleh yang Maha Bijaksana.


Wednesday, 2 May 2012

cinta

salam sahabat sekalian...
Cinta pada Allah merupakan cinta yang hakiki..

cinta pada bunga, bunga kan layu...
cinta pada manusia, manusiakan mati..
cinta pada Rasul, cinta sejati..
cinta pada Allah, kan kekal abadi....

Saturday, 5 November 2011

masa

salam ukhwah sahabat sekalian...
MASA merupakann satu elemen yang amat bernilai dalam kehidupan kita...
pepatah melayu ada menyebut bahawa masa itu seperti emas...pepatah arab pula mengatakan bahawa masa itu ibarat seperti pedang...jika kita tidak menggunakan masa dengan betul, masa itu sendiri akan memotong kita...
Imam Hassan Al-Banna mentafsirkan bahawa masa itu sendiri kehidupan. kita sememangnya tidak boleh lari dari masa walau di maka kita berada. masa seperti sebahagian dari tubuh badan kita di mana kita tidak mampu memisahkannya dari kehidupan kita. jadi cara menjaga dan menggunakan masa itu amat penting bagi menjadikan hidup kitaseharian penuh bermakna pada setiap detik, saat, minit,jam dan hari...

Wednesday, 2 November 2011

Keagungan Allah

Sajak keagungan Tuhan Maha Esa....

Ya Allah, bagaimana aku tidak takut dengan azabMu Ya Allah,
Sedangkan ciptaan langitMu teguh tidak bertiang,

Ya Allah, bagaimana aku tidak takut dengan azabMu Ya Allah,
Sedangkan hujan yang turun datangnya dari langitMu,

Ya Allah, bagaimana aku tidak takut dengan azabMu Ya Allah,
Sedangkan aku mengecapi nikmat yang indah dari tanganMu,

Ya Allah, bagaimana aku tidak takut dengan azabMu Ya Allah,
Sedangkan bumi yang kupijak subur  dek kerana kekuasaanMu,

Ya Allah, bagaimana aku tidak takut dengan azabMu Ya Allah,
Sedangakn aku tidak mampu sekalipun melarikan diri dari mataMu,

Ya Allah, bagaimana aku tidak takut dengan azabMu Ya Allah,
Sedangkan pergerakan tubuhku terlaksana dengan izinanmu,

Ya Allah, bagaimana aku tidak takut dengan azabMu Ya Allah,
Sedangkan diri yang dirasa kuat ini masih lemah menerima ujianMu,

Engkaulah Tuhan Yang Maha Agong,
Raja seluruh alam....





Pemikiran 2

Salam ukhwah buat semua sahabat,
pemikiran merupakan satu kuasa yang amat berharga kepada seseorang yang menginginkan kemajuan dan inovasi dalam kehidupannya....
ketika kita berfikir, imaginasi berdasarkan fakta amat diperlukan bagi menghasilkan satu 'output' yang mampu memberi impak yang besar terhadap persekitaran ataupun diri sendiri.
kita dapat lihat ramai tokoh-tokoh terkenal lahir disababkan cetusan idea yang amat memberi kesan kepada dunia.
Sultan Muhammad Al-Fateh juga telah berjaya memandu pemikiran beliau di mana sehinggakan baginda mampu menawan kota Constatinopal....

Tuesday, 1 November 2011

Pemikiran

salam ukhwah buat semua saudara,
secara tidak sedar, segala tindak tanduk kita dizahirkan melalui cara kita berfikir....